Sunday, November 22, 2009


Program tambahan.... amali Tayamum pun turut diadakan. Ia dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hisham b. Zainal. Kemuncak program, jamuan perdana bertempat di kantin sekolah untuk semua peserta dan guru berlaukkan ayam dan kambing tu la...

Pelajar menengah rendah sedang mengikuti amali pengurusan jenazah. Penerangan disampaikan oleh Ustaz Abd Wahab, mantan Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Perlis. Amali ini diadakan di Surau Al-Hayah.

....berada di Bukit Safa untuk memulakan amali Saei'

....amali tawaf

....suasana semasa di Muzdalifah

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Program "Amali Perdana - Pengurusan Jenazah-Amali Sembelihan dan Haji" dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap teori yang dipelajari di dalam bilik kelas. Program ini adalah gabungan tenaga Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Syariah Islamiah, Panitia Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah, Persatuan Bahasa Arab dan Surau al-Hidayah SMK RPM Tg. Fauziah. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4). Bagi menengah rendah para pelajar mengikuti amali pengurusan jenazah, manakala menengan atas mengikuti amali sembelihan dan haji. Kelihatan para pelajar menengah atas sedang menjalani amali haji dengan berwukuf di Arafah.

Saturday, November 21, 2009


Berdebar-debar menunggu giliran untuk melakukan amali sembelihan, ayam-ayam tu lagi berdebar-debar (terketaq-ketaq kata oghang utara)...

Insyaallah dah memenuhi syarat sah sembelihan tu...

Inilah hasilnya....

Kelihatan Tuan Pengetua turut serta memberikan galakan kepada para pelajar tingkatan 4 yang terlibat dengan amali sembelihan

Para pelajar diberi peluang melakukan amali sembelihan 35 ekor ayam

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Program amali sembelihan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hisham dan Ustaz Mohd Shukri. Para pelajar sedang mengikuti secara dekat amali sembelihan kambing

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Pihak Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Syariah Islamiah, Panitia Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Persatuan Bahasa Arab dan Surau al-Hidayah telah menganjurkan Program Amali Perdana pada 19 November 2009. Program amali ini meliputi Pengurusan Jenazah, Amali Sembelihan dan Amali Haji.

Thursday, November 19, 2009

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA NEGERI PERLIS 2009


Ustaz Mohd Hisyam b. Zainal, mewakili Tuan Pengetua (En. Zainal Abidin b. Ahmad) menerima 3 anugerah daripada Tuan Pengarah Pelajaran Perlis, En Mansor b. Lat di SMK Syed Alwi. Anugerah-anugerah tersebut ialah Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2008, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM 2008 bagi Mata Pelajaran Ekonomi Asas dan Sains.

Monday, November 16, 2009

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA NEGERI PERLIS 2009


SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah telah menerima 4 anugerah iaitu Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2008, Pelajaran Terbaik Matapelajaran Ekonomi Asas dan Sains serta Pelajar Terbaik SPM 2008 (perempuan). Guru-guru kelas KAA bergambar kenangan bersama anugerah yang diterima.

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA 2009


Cik Hamiza bt. Omar (6A1) dianugerahkan pelajar terbaik SPM 2008 bagi matapelajaran Ekonomi Asas, Negeri Perlis. Hadiah disampaikan oleh En. Mansor b. Lat, Pengarah Pelajaran Negeri Perlis di SMK Syed Alwi.