Friday, July 31, 2009

Program Terdekat Persatuan Bahasa Arab

Program terdekat dirancang untuk semua ahli persatuan Bahasa Arab

1. Kursus Arab Mudah (bengkel pembelajaran terkini dan mudah untuk menguasai Bahasa Arab - pertengahan Ogos)

2. Bengkel membaca dan menulis jawi (3 siri -Ogos dan Sept)

3.Lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu (Oktober - tempat terhad 35 pelajar sahaja)

Maklumat lanjut, sila hubungi:

-Ustaz Munir/Ustaz Hisham/Cik Nor Shahidah 4B

Mari Belajar Bahasa Arab

"Mahmudah" - ertinya terpuji

Sifat mahmudah menurut Imam al-Ghazali:

1.Taubat
2.Takut kepada Allah
3.Kasih akan Allah
4.Zuhud
5.Sabar
6.Syukur
7.Ikhlas dan benar
8.Tawakal
9.Reda dengan qada' Allah SWT
10.Mengingati mati

Thursday, July 30, 2009

Juara Pertandingan Kawat Kaki 2009


Platun wanita KRS yang juga merupakan ahli Persatuan Bahasa Arab bergambar selepas diumumkan juara keseluruhan

Jamuan Kesyukuran Ahli Persatuan Bahasa Arab dan KRS


Ahli persatuan dan guru penasihat sedang sibuk menyediakan jamuan kesyukuran sempena kejayaan ahli persatuan dan KRS platun lelaki dan perempuan memenangi pertandingan kawat kaki sempena hari koko dan keuntungan gerai sempena hari tersebut.

Tuesday, July 28, 2009

Nostalgia Kem Bahasa Arab 2008 Di Langkawi


Suasana dalam bot semasa perjalanan mengikuti Kem Bahasa Arab untuk calon -calon PMR 2008 di Hotel Chandek Kura, Langkawi pada bulan Ramadhan.

Solat Gerhana Matahari


Persatuan Bahasa Arab SMKRPMTF telah mengadakan solat gerhana matahari pada 24 Julai 2009 di gelanggang tenis

Monday, July 27, 2009

TAKWIM PERSATUAN BAHASA ARAB SMKRPMTF 2009

1.Suara Al-Hidayah - satu keluaran setiap bulan

2.Kem Motivasi bersama mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya-Jun

3.Solat Gerhana Matahari-24 Jun 2009

4.Menyertai Hari Koko peringkat sekolah-gerai jualan (Jun)

5.Sukaneka

6.Lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka-November

7.Perkemahan semua ahli persatuan di Kem Wang Mu, Kaki Bukit-Oktober

Kem Bahasa Arab


Kem Bahasa Arab untuk para pelajar tingkatan 3 aliran agama, telah diadakan pada bulan Mac 2009 untuk mementapkan penguasaan berbahasa arab dan sebagai persediaan kepada pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR 2009

Program SMARTIES 09


Persatuan Bahasa Arab SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis telah mengadakan program motivasi kepimpinan (SMARTIES) dengan kerjasama mahasiswa/mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Nilam Puri) pada 1-3 Jun 2009