Sunday, November 22, 2009


Program tambahan.... amali Tayamum pun turut diadakan. Ia dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hisham b. Zainal. Kemuncak program, jamuan perdana bertempat di kantin sekolah untuk semua peserta dan guru berlaukkan ayam dan kambing tu la...

Pelajar menengah rendah sedang mengikuti amali pengurusan jenazah. Penerangan disampaikan oleh Ustaz Abd Wahab, mantan Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Perlis. Amali ini diadakan di Surau Al-Hayah.

....berada di Bukit Safa untuk memulakan amali Saei'

....amali tawaf

....suasana semasa di Muzdalifah

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Program "Amali Perdana - Pengurusan Jenazah-Amali Sembelihan dan Haji" dirangka dan dilaksanakan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap teori yang dipelajari di dalam bilik kelas. Program ini adalah gabungan tenaga Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Syariah Islamiah, Panitia Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah, Persatuan Bahasa Arab dan Surau al-Hidayah SMK RPM Tg. Fauziah. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4). Bagi menengah rendah para pelajar mengikuti amali pengurusan jenazah, manakala menengan atas mengikuti amali sembelihan dan haji. Kelihatan para pelajar menengah atas sedang menjalani amali haji dengan berwukuf di Arafah.

Saturday, November 21, 2009


Berdebar-debar menunggu giliran untuk melakukan amali sembelihan, ayam-ayam tu lagi berdebar-debar (terketaq-ketaq kata oghang utara)...

Insyaallah dah memenuhi syarat sah sembelihan tu...

Inilah hasilnya....

Kelihatan Tuan Pengetua turut serta memberikan galakan kepada para pelajar tingkatan 4 yang terlibat dengan amali sembelihan

Para pelajar diberi peluang melakukan amali sembelihan 35 ekor ayam

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Program amali sembelihan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hisham dan Ustaz Mohd Shukri. Para pelajar sedang mengikuti secara dekat amali sembelihan kambing

Program Amali Perdana SMK RPM Tengku Fauziah 2009


Pihak Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Syariah Islamiah, Panitia Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Persatuan Bahasa Arab dan Surau al-Hidayah telah menganjurkan Program Amali Perdana pada 19 November 2009. Program amali ini meliputi Pengurusan Jenazah, Amali Sembelihan dan Amali Haji.

Thursday, November 19, 2009

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA NEGERI PERLIS 2009


Ustaz Mohd Hisyam b. Zainal, mewakili Tuan Pengetua (En. Zainal Abidin b. Ahmad) menerima 3 anugerah daripada Tuan Pengarah Pelajaran Perlis, En Mansor b. Lat di SMK Syed Alwi. Anugerah-anugerah tersebut ialah Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2008, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM 2008 bagi Mata Pelajaran Ekonomi Asas dan Sains.

Monday, November 16, 2009

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA NEGERI PERLIS 2009


SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah telah menerima 4 anugerah iaitu Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2008, Pelajaran Terbaik Matapelajaran Ekonomi Asas dan Sains serta Pelajar Terbaik SPM 2008 (perempuan). Guru-guru kelas KAA bergambar kenangan bersama anugerah yang diterima.

ANUGERAH KELAS ALIRAN AGAMA 2009


Cik Hamiza bt. Omar (6A1) dianugerahkan pelajar terbaik SPM 2008 bagi matapelajaran Ekonomi Asas, Negeri Perlis. Hadiah disampaikan oleh En. Mansor b. Lat, Pengarah Pelajaran Negeri Perlis di SMK Syed Alwi.

Wednesday, October 14, 2009

Program Selepas PMR


pertandingan membalut ketupat.... balut jangan tak balut

Saturday, October 10, 2009

Bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan


Suasana calon-calon PMR mendengar taklimat akhir di kantin sekolah sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Wednesday, October 7, 2009

Papan Kenyataan Persatuan Bahasa Arab


dua orang ajk persatuan, cik Hamizah dan Cik Nuraizah antara tenaga penggerak persatuan bagi sesi 2009 sedang mengemaskini papan kenyataan dengan maklumat terkini.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009


.....sempat lagi bergambar sebelum menikmati jamuan

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009


..sedang menikmati jamuan yang disediakan....

Kunjungan pelajar ke rumah terbuka Aidilfitri Ustaz Munir bin Md Amin

Selamat Meduduki Peperiksaan PMR

Semua guru penasihat Persatuan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam dan warga sekolah mendoakan kejayaan yang cemerlang khususnya kepada ahli-ahli persatau Bahasa Arab yang sedang menduduki peperiksaan PMR 2009. Semoga usaha anda akan diberkati oleh Allah.

Kunjungan pelajar ke rumah terbuka guru penasihat


sedang menikmati hidangan...

Tuesday, August 4, 2009

FENOMENA GERHANA MATAHARI


Maha Suci Allah yang berkuasa keatas sekelian makhlukNya. Tunduk dan patuhlah kehadratNya, bersyukurlah di atas segala nikmatNya

Friday, July 31, 2009

Program Terdekat Persatuan Bahasa Arab

Program terdekat dirancang untuk semua ahli persatuan Bahasa Arab

1. Kursus Arab Mudah (bengkel pembelajaran terkini dan mudah untuk menguasai Bahasa Arab - pertengahan Ogos)

2. Bengkel membaca dan menulis jawi (3 siri -Ogos dan Sept)

3.Lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu (Oktober - tempat terhad 35 pelajar sahaja)

Maklumat lanjut, sila hubungi:

-Ustaz Munir/Ustaz Hisham/Cik Nor Shahidah 4B

Mari Belajar Bahasa Arab

"Mahmudah" - ertinya terpuji

Sifat mahmudah menurut Imam al-Ghazali:

1.Taubat
2.Takut kepada Allah
3.Kasih akan Allah
4.Zuhud
5.Sabar
6.Syukur
7.Ikhlas dan benar
8.Tawakal
9.Reda dengan qada' Allah SWT
10.Mengingati mati

Thursday, July 30, 2009

Juara Pertandingan Kawat Kaki 2009


Platun wanita KRS yang juga merupakan ahli Persatuan Bahasa Arab bergambar selepas diumumkan juara keseluruhan

Jamuan Kesyukuran Ahli Persatuan Bahasa Arab dan KRS


Ahli persatuan dan guru penasihat sedang sibuk menyediakan jamuan kesyukuran sempena kejayaan ahli persatuan dan KRS platun lelaki dan perempuan memenangi pertandingan kawat kaki sempena hari koko dan keuntungan gerai sempena hari tersebut.

Tuesday, July 28, 2009

Nostalgia Kem Bahasa Arab 2008 Di Langkawi


Suasana dalam bot semasa perjalanan mengikuti Kem Bahasa Arab untuk calon -calon PMR 2008 di Hotel Chandek Kura, Langkawi pada bulan Ramadhan.

Solat Gerhana Matahari


Persatuan Bahasa Arab SMKRPMTF telah mengadakan solat gerhana matahari pada 24 Julai 2009 di gelanggang tenis

Monday, July 27, 2009

TAKWIM PERSATUAN BAHASA ARAB SMKRPMTF 2009

1.Suara Al-Hidayah - satu keluaran setiap bulan

2.Kem Motivasi bersama mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya-Jun

3.Solat Gerhana Matahari-24 Jun 2009

4.Menyertai Hari Koko peringkat sekolah-gerai jualan (Jun)

5.Sukaneka

6.Lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka-November

7.Perkemahan semua ahli persatuan di Kem Wang Mu, Kaki Bukit-Oktober

Kem Bahasa Arab


Kem Bahasa Arab untuk para pelajar tingkatan 3 aliran agama, telah diadakan pada bulan Mac 2009 untuk mementapkan penguasaan berbahasa arab dan sebagai persediaan kepada pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR 2009

Program SMARTIES 09


Persatuan Bahasa Arab SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis telah mengadakan program motivasi kepimpinan (SMARTIES) dengan kerjasama mahasiswa/mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Nilam Puri) pada 1-3 Jun 2009